Files
2026-02-05 14:06:25 +00:00

282 lines
88 KiB
HTML
Executable File
Raw Permalink Blame History

This file contains ambiguous Unicode characters
This file contains Unicode characters that might be confused with other characters. If you think that this is intentional, you can safely ignore this warning. Use the Escape button to reveal them.
<!DOCTYPE html><html><head>
<meta http-equiv="Content-Type" content="text/html; charset=utf-8">
<meta http-equiv="Content-Style-Type" content="text/css">
<title></title>
<meta name="Generator" content="Cocoa HTML Writer">
<meta name="CocoaVersion" content="2487.6">
<style type="text/css">
:root { --color-link: #0066cc; color-scheme: light dark; overflow-wrap: break-word; }
@media (prefers-color-scheme: dark) {
:root { --color-link: #2997ff; }
}
a,a:link,a:visited,a:hover,a:active { color: var(--color-link); }
p.p1 { color: -apple-system-label; margin: 0.0px; font: -apple-system-short-body; font-family: -apple-system, 'Helvetica Neue', 'Lucida Grande'; }
p.p2 { color: -apple-system-label; min-height: 12.0px; margin: 0.0px; font: -apple-system-short-body; font-family: -apple-system, 'Helvetica Neue', 'Lucida Grande'; }
p.p3 { text-indent: -0.2px; color: -apple-system-label; margin: 0.0px 0.0px 0.0px 36.0px; font: -apple-system-short-body; font-family: -apple-system, 'Helvetica Neue', 'Lucida Grande'; }
p.p4 { text-indent: -0.2px; color: -apple-system-label; min-height: 12.0px; margin: 0.0px 0.0px 0.0px 36.0px; font: -apple-system-short-body; font-family: -apple-system, 'Helvetica Neue', 'Lucida Grande'; }
span.s1 { font-kerning: none; }
span.s2 { text-decoration: underline; }
</style>
</head>
<body>
<p class="p1"><b>BAHASA MELAYU</b></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>APPLE INC.</b></p>
<p class="p1"><b>PERJANJIAN LESEN PERISIAN UNTUK macOS Sequoia</b></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>Untuk digunakan dalam Sistem berjenama Apple</b></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>SILA BACA PERJANJIAN LESEN PERISIAN INI (“LESEN”) DENGAN TELITI SEBELUM MENGGUNAKAN PERISIAN APPLE TERSEBUT. MELALUI PENGGUNAAN PERISIAN APPLE TERSEBUT, ANDA BERSETUJU BAHAWA ANDA AKAN TERIKAT DENGAN TERMA LESEN INI. SEKIRANYA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA LESEN INI, JANGAN PASANG DAN/ATAU GUNAKAN PERISIAN APPLE TERSEBUT DAN, JIKA DIKEMUKAKAN DENGAN PILIHAN UNTUK “BERSETUJU” ATAU “TIDAK BERSETUJU” KEPADA TERMA TERSEBUT, KLIK “TIDAK BERSETUJU”. SEKIRANYA ANDA MEMPEROLEH PERISIAN APPLE TERSEBUT SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PEMBELIAN PERKAKASAN APPLE DAN JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA LESEN INI, ANDA BOLEH MEMULANGKAN SELURUH PAKEJ PERKAKASAN/PERISIAN APPLE TERSEBUT DALAM TEMPOH PEMULANGAN KEPADA APPLE STORE ATAU PENGEDAR SAH YANG ANDA MEMPEROLEH PERKAKASAN ATAU PERISIAN UNTUK MENDAPATKAN BAYARAN BALIK, TERTAKLUK PADA DASAR PEMULANGAN APPLE SEPERTI YANG TERDAPAT DI </b><a href="https://www.apple.com/my/legal/sales-support/"><b>https://www.apple.com/my/legal/sales-support/</b></a><b>. ANDA MESTI MEMULANGKAN KESELURUHAN PAKEJ PERKAKASAN/PERISIAN TERSEBUT UNTUK MENDAPATKAN BAYARAN BALIK.</b></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>NOTA PENTING: Setakat yang perisian ini boleh digunakan untuk mengeluarkan semula, mengubah suai, menerbit atau mengedarkan bahan, perisian dilesenkan kepada anda hanya untuk pengeluaran semula, pengubahsuaian, penerbitan dan pengedaran bahan yang tidak dilindungi oleh hak cipta, bahan yang anda miliki hak cipta, atau bahan yang anda diberikan kuasa atau kebenaran di sisi undang-undang untuk mengeluarkan semula, mengubah suai, menerbit atau mengedarkan. Sekiranya anda tidak pasti tentang hak anda untuk menyalin, mengubah suai, menerbit atau mengedar apa-apa bahan, anda harus menghubungi penasihat undang-undang anda.</b></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>1. Umum.</b></p>
<p class="p1">A. Perisian Apple (termasuk kod Boot ROM), mana-mana perisian pihak ketiga, dokumentasi, antara muka, kandungan, fon dan apa-apa data yang mengiringi Lesen ini (“Perisian Apple Asal”), sepertimana yang mungkin dikemaskinikan dengan atau digantikan oleh apa-apa penambahan ciri, kemaskinian perisian, respons keselamatan, atau perisian pemulihan sistem yang disediakan oleh Apple untuk komputer berjenama Apple anda atau peranti persisian disokong (“Perubahan Perisian Apple”), sama ada diprapasang pada perkakasan berjenama Apple, pada storan dalaman, pada media boleh alih keluar, pada cakera, dalam memori baca sahaja, dalam apa-apa media lain atau dalam apa-apa bentuk lain (Perisian Apple Asal dan Perubahan Perisian Apple tersebut adalah secara kolektif dirujuk sebagai “Perisian Apple”), adalah dilesenkan, bukan dijualkan, kepada anda oleh Apple Inc. (“Apple”) hanya untuk penggunaan menurut terma Lesen ini. Apple dan/atau pemberi lesen Apple mengekalkan hak milik Perisian Apple sendiri dan memelihara semua hak yang tidak diberikan secara nyata kepada anda. Anda bersetuju bahawa terma Lesen ini akan digunakan terhadap mana-mana produk perisian aplikasi berjenama Apple yang mungkin diprapasang dalam perkakasan berjenama Apple anda, melainkan produk sedemikian diiringi oleh lesen berasingan, dan dalam keadaan tersebut anda bersetuju bahawa terma lesen tersebut akan mentadbir penggunaan produk tersebut oleh anda.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">B. Apple, menurut budi bicaranya, mungkin akan menyediakan Perubahan Perisian Apple pada masa depan. Perubahan Perisian Apple, jika ada, tidak semestinya merangkumi kesemua ciri perisian tersedia ada atau ciri baru yang dikeluarkan oleh Apple untuk model komputer berjenama Apple yang lebih baharu atau yang lain. Terma Lesen ini akan mentadbir apa-apa Perubahan Perisian Apple yang disediakan oleh Apple, melainkan Perubahan Perisian Apple sedemikian diiringi oleh lesen berasingan, dan dalam keadaan tersebut terma lesen tersebut akan mentadbir.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">C. Hak milik dan hak harta intelek dalam dan terhadap apa-apa kandungan yang dipaparkan oleh atau diakses melalui Perisian Apple tersebut ialah kepunyaan pemilik kandungan masing-masing. Kandungan sedemikian mungkin dilindungi oleh hak cipta atau undang-undang dan triti harta intelektual lain, dan mungkin tertakluk pada terma penggunaan pihak ketiga yang menyediakan kandungan sedemikian. Melainkan sebagaimana yang diperuntukkan di sini, Lesen ini tidak memberi anda apa-apa hak untuk menggunakan kandungan sedemikian dan tidak memberikan apa-apa jaminan bahawa kandungan sedemikian akan terus tersedia untuk anda. Anda dilarang daripada menerbitkan semula, menyampaikan semula dan mengeluarkan semula mana-mana imej yang diakses melalui News atau Maps sebagai fail kendiri.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>2. Penggunaan Lesen yang Dibenarkan dan Batasan.</b></p>
<p class="p1">A. <span class="s2">Lesen Salinan Tunggal yang Diprapasang dan dalam Salinan Tunggal</span>. Tertakluk pada terma dan syarat Lesen ini, melainkan anda memperoleh Perisian Apple tersebut daripada Mac App Store, melalui muat turun automatik atau di bawah lesen pukal, penyelenggaraan atau perjanjian bertulis lain daripada Apple, anda diberikan satu lesen terhad dan tidak eksklusif untuk memasang, mengguna dan menjalankan satu (1) salinan Perisian Apple tersebut dalam satu komputer berjenama Apple pada masa yang sama. Sebagai contoh, terma lesen salinan tunggal ini akan digunakan terhadap anda sekiranya anda memperoleh Perisian Apple tersebut yang diprapasang pada perkakasan berjenama Apple.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">B. <span class="s2">Lesen Mac App Store</span>. Sekiranya anda memperoleh lesen untuk Perisian Apple tersebut daripada Mac App Store atau melalui muat turun automatik, maka tertakluk pada terma dan syarat Lesen ini dan sepertimana yang dibenarkan oleh Peraturan Penggunaan Perkhidmatan dan Kandungan yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat Perkhidmatan Apple Media (<a href="https://www.apple.com/legal/internet-services/itunes/my/terms.html">https://www.apple.com/legal/internet-services/itunes/my/terms.html</a>) (“Peraturan Penggunaan”), anda diberikan lesen yang terhad, tidak boleh dipindah milik, dan tidak eksklusif:</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p3">(i) untuk memuat turun, memasang, mengguna dan menjalankan bagi penggunaan peribadi dan bukan komersial, satu (1) salinan Perisian Apple tersebut secara langsung dalam setiap komputer berjenama Apple yang menggunakan macOS Sonoma, macOS Ventura, macOS Monterey, macOS Big Sur, macOS Catalina, macOS Mojave atau macOS High Sierra (“Komputer Mac”) yang anda miliki atau kawal;</p>
<p class="p4"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p3">(ii) jika anda merupakan sebuah syarikat komersial atau institusi pendidikan, untuk memuat turun, memasang, mengguna dan menjalankan satu (1) salinan Perisian Apple tersebut untuk penggunaan sama ada: (a) oleh seorang individu tunggal dalam setiap Komputer Mac yang anda miliki atau kawal, atau (b) oleh berbilang individu dalam sebuah Komputer Mac kongsi yang anda miliki atau kawal. Sebagai contoh, seorang pekerja tunggal boleh menggunakan Perisian Apple tersebut pada Komputer Mac desktop dan juga Komputer Mac riba pekerja tersebut, atau berbilang pelajar boleh secara bersiri menggunakan Perisian Apple tersebut dalam sebuah Komputer Mac yang terletak di pusat sumber atau perpustakaan; dan<span class="Apple-converted-space">&nbsp;</span></p>
<p class="p4"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p3">(iii) untuk memasang, mengguna dan menjalankan hingga dua (2) salinan atau peristiwa tambahan Perisian Apple tersebut, atau mana-mana perisian sistem pengendalian macOS atau OS X terdahulu atau pengeluaran seterusnya Perisian Apple, dalam persekitaran sistem pengendalian maya dalam setiap komputer berjenama Apple yang anda miliki atau kawal yang telah menjalankan Perisian Apple tersebut, untuk tujuan: (a) pembangunan perisian; (b) ujian semasa pembangunan perisian; (c) menggunakan macOS Server; atau (d) kegunaan peribadi dan bukan komersial.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Melainkan sepertimana yang dibenarkan secara nyata dalam Seksyen 3, pemberian hak yang dinyatakan dalam Seksyen 2B(iii) di atas tidak membenarkan anda untuk menggunakan salinan atau peristiwa maya Perisian Apple tersebut berhubungan dengan biro perkhidmatan, perkongsian masa, perkongsian terminal, perkhidmatan geganti atau jenis perkhidmatan lain yang serupa. Melainkan sepertimana yang dibenarkan secara nyata dalam Seksyen 2B ini, anda tidak boleh menggunakan Perisian Apple tersebut untuk menjalankan mana-mana perisian sistem pengendalian Apple, termasuk iOS, iPadOS, watchOS atau tvOS, dalam persekitaran sistem pengendalian maya pada Komputer Mac.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">C. <span class="s2">Lesen Pukal atau Penyelenggaraan</span>. Sekiranya anda memperoleh Perisian Apple tersebut di bawah program lesen pukal atau penyelenggaraan dengan Apple, terma lesen pukal atau penyelenggaraan anda akan menentukan bilangan salinan Perisian Apple tersebut yang anda dibenarkan untuk memuat turun, memasang, mengguna dan menjalankan pada komputer berjenama Apple yang anda miliki atau kawal. Melainkan sepertimana yang dipersetujui secara bertulis oleh Apple, semua terma dan syarat lain Lesen ini akan digunakan terhadap penggunaan Perisian Apple oleh anda yang diperoleh di bawah lesen pukal atau penyelenggaraan.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">D. <span class="s2">Keperluan Sistem; Akaun Apple</span>. Sila ambil perhatian bahawa Perisian Apple tersebut hanya disokong pada perkakasan berjenama Apple yang memenuhi keperluan sistem yang ditentukan seperti yang dinyatakan oleh Apple. Selain itu, penggunaan dan akses kepada ciri tertentu Perisian Apple tersebut dan Perkhidmatan tertentu (seperti yang didefinisikan dalam Seksyen 6) mungkin memerlukan anda memohon kombinasi nama pengguna dan kata laluan unik, yang dikenali sebagai Akaun Apple.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">E. <span class="s2">Fon</span>. Tertakluk pada terma dan syarat Lesen ini, anda boleh menggunakan fon yang termasuk bersama Perisian Apple tersebut untuk memaparkan dan mencetak kandungan semasa menjalankan Perisian Apple tersebut; walau bagaimanapun, anda hanya boleh membenamkan fon dalam kandungan sekiranya dibenarkan oleh pembatasan pembenaman yang mengiringi fon berkenaan. Pembatasan pembenaman ini boleh didapati dalam panel Buku Fon/Pratonton/Tunjukkan Maklumat Fon.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">F. <span class="s2">Suara; Kapsyen Langsung</span>. Tertakluk pada terma dan syarat Lesen ini, anda boleh: (i) menggunakan suara sistem yang termasuk dalam Perisian Apple (“Suara Sistem”) (1) semasa menjalankan Perisian Apple dan (2) untuk mencipta kandungan serta projek asal anda sendiri bagi kegunaan peribadi, bukan komersial anda; (ii) gunakan Kapsyen Langsung yang dijana secara automatik pada peranti dalam masa nyata oleh Perisian Apple (“Kapsyen Langsung”), sama ada dijana semasa panggilan FaceTime atau sebaliknya, hanya untuk kegunaan peribadi, bukan komersial anda; dan (iii) menggunakan ciri Suara Peribadi untuk mencipta suara pada peranti yang berbunyi seperti anda (“Suara Peribadi”) menggunakan suara peribadi anda sendiri untuk kegunaan peribadi, bukan komersial anda. Tiada penciptaan atau penggunaan Suara Sistem, Kapsyen Langsung atau Suara Peribadi lain yang dibenarkan oleh Lesen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan, pengeluaran semula, paparan, pelaksanaan, rakaman, penerbitan atau pengedaran semula mana-mana Suara Sistem, Kapsyen Langsung atau Suara Peribadi dalam konteks untung, bukan untung, perkongsian awam atau komersial.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">G. <span class="s2">Ciri dan Sokongan Aplikasi Photos</span>. Aplikasi Photos bagi Perisian Apple (“Aplikasi Photos”) mungkin tidak menyokong sesetengah format video dan gambar. Penggunaan sesetengah ciri Aplikasi Photos akan bergantung pada ciri kamera anda. Penyegerakan gambar dengan Aplikasi Photos dan mana-mana perkhidmatan Apple atau pihak ketiga boleh menyebabkan kehilangan data. Grafik, muzik dan tema persembahan slaid yang termasuk bersama Aplikasi Photos tersebut hanyalah untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial dalam persembahan slaid yang anda cipta menggunakan Aplikasi Photos. Anda dilarang menggunakan, mengekstrak atau mengedar, sama ada secara komersial atau selainnya, atas dasar kendiri, apa-apa gambar, imej, grafik, hasil seni, audio, video atau aset yang serupa (“Bahan Digital”) yang terkandung dalam, atau tersedia sebagai sebahagian daripada, Aplikasi Photos tersebut, atau dengan cara lain menggunakan Bahan Digital tersebut di luar konteks tujuan penggunaan yang ditujukan untuk digunakan sebagai sebahagian Aplikasi Photos tersebut.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">H. <span class="s2">Ciri Cache Kandungan</span>.</p>
<p class="p1">1. Setakat yang Apple dan/atau ahli gabungannya menyediakan perisian dan/atau kandungan tertentu untuk penghasilan cache (contohnya, kandungan yang berkenaan daripada Mac App Store) (“Kandungan Layak Apple”), ciri tertentu Perisian Apple tersebut (“Ciri Cache Kandungan” tersebut) mungkin akan secara automatik memuat turun dan menghasilkan cache Kandungan Layak Apple sedemikian secara setempat pada komputer berjenama Apple anda yang menjalankan Perisian Apple tersebut (untuk tujuan Seksyen ini, komputer berjenama Apple sedemikian dirujuk sebagai “Mac Diaktifkan Cache”). <b>Melalui penggunaan Ciri Cache Kandungan tersebut, anda bersetuju bahawa Apple boleh memuat turun dan menghasilkan cache bagi Kandungan Layak Apple sedemikian pada Mac Diaktifkan Cache anda. </b>Anda boleh mematikan Ciri Cache Kandungan Perisian Apple tersebut pada bila-bila masa dengan menuju ke Perkongsian di bawah Seting Sistem dalam Mac Diaktifkan Cache anda.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">2. Ciri Cache Kandungan Perisian Apple tersebut hanyalah untuk digunakan pada sebuah Mac Diaktifkan Cache yang anda miliki atau kawal, dan hanya untuk tujuan mempercepat penghantaran Kandungan Layak Apple sedemikian kepada pengguna akhir yang dibenarkan dalam rumah, syarikat atau organisasi anda. Anda memahami bahawa pengguna sebegitu mungkin perlu mengesahkan dengan Apple secara berasingan sebelum menerima Kandungan Layak Apple tersebut dan bahawa penghantaran Kandungan Layak Apple yang dipercepat melalui penggunaan Mac Diaktifkan Cache anda tidak akan mengubah suai terma yang mengawal penerimaan Kandungan Layak Apple sedemikian oleh anda atau pengguna akhir anda.&nbsp;</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">3. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kesemua penggunaan Kandungan Layak Apple tersebut adalah tertakluk pada terma lesen yang berkenaan untuk mentadbir jenis Kandungan Layak Apple yang dihasilkan cache. Terma ini mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Terma dan Syarat Perkhidmatan Apple Media, Terma dan Syarat iCloud, Perjanjian iTunes U Instructor, Perjanjian Lesen Perisian iTunes U, dan/atau terma pelesenan berkenaan yang mengiringi perisian yang dimuat turun, melainkan jika muat turun tersebut diiringi oleh perjanjian lesen berasingan yang tersendiri, dan dalam keadaan demikian, lesen berasingan tersebut akan digunakan. Senarai Perjanjian Lesen Perisian Apple (SLA) boleh didapati di sini: <a href="https://www.apple.com/my/legal/sla/">https://www.apple.com/my/legal/sla/</a>. Anda mengakui dan bersetuju bahawa penggunaan Ciri Cache Kandungan tersebut dan penyimpanan Kandungan Layak Apple pada Mac Diaktifkan Cache anda tidak memindah apa-apa hak kepada anda yang melampaui hak yang diberikan kepada anda dalam terma lesen berkenaan untuk Kandungan Layak Apple tersebut dan tidak mewujudkan sesuatu pemberian, penepian atau pengehadan lain berkenaan apa-apa hak Apple atau mana-mana pemilik hak cipta lain dalam apa-apa Kandungan Layak Apple.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">4. Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan Mac Diaktifkan Cache anda bersama Ciri Cache Kandungan tersebut diaktifkan pada rangkaian yang anda tidak miliki atau kawal (atau yang anda tidak dibenarkan di sisi undang-undang untuk menggunakan untuk tujuan sedemikian), atau untuk membenarkan akses kepada Kandungan Layak Apple sedemikian daripada pengguna akhir di luar rumah, syarikat atau organisasi anda. Anda bersetuju untuk hanya menggunakan Ciri Cache Kandungan tersebut untuk kegunaan peribadi anda dan bukan untuk apa-apa penggunaan komersial, atau untuk kegunaan dalaman syarikat atau organisasi anda, dan hanya seperti yang dibenarkan secara nyata dalam Lesen ini. Anda tidak boleh menyediakan perkhidmatan kepada pihak ketiga yang mengintegrasi atau memanfaatkan perkhidmatan atau maklumat yang diberikan oleh Ciri Cache Kandungan tersebut atau yang menggunakan Ciri Cache Kandungan tersebut dalam apa-apa cara.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">5. Dengan mengaktifkan Ciri Cache Kandungan Perisian Apple tersebut, anda bersetuju bahawa Apple boleh menyimpan, memantau dan melindungi Kandungan Layak Apple tersebut dalam Mac Diaktifkan Cache anda, dan boleh mengumpul dan menggunakan maklumat teknikal berkenaan Mac Diaktifkan Cache anda dan rangkaian berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, pengenal pasti perkakasan dan alamat IP, untuk tujuan sedemikian. Anda bersetuju untuk tidak melumpuhkan, menggendalakan, menggodam, memintasi atau dengan cara lain mengganggu mekanisme penentusahan, penyimpanan atau pengesahan Apple, tandatangan digital, pengurusan hak digital, atau mekanisme keselamatan lain yang telah dilaksanakan dalam atau oleh Perisian Apple tersebut, perkhidmatan, Kandungan Layak Apple tersebut, atau perisian atau teknologi Apple lain, atau membolehkan orang lain untuk berbuat demikian.<span class="Apple-converted-space">&nbsp;</span></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">6. Apple memelihara hak untuk menghentikan penyediaan Kandungan Layak Apple untuk cache dalam Mac Diaktifkan Cache anda (contohnya, kandungan tertentu yang mungkin anda telah hasilkan cache sebelum ini mungkin tidak akan tersedia untuk cache seterusnya) dan untuk menghapuskan mana-mana Kandungan Layak Apple yang telah dihasilkan cache daripada Mac Diaktifkan Cache anda pada bila-bila masa menurut budi bicaranya semata-mata, dan Apple tidak menanggung apa-apa liabiliti kepada anda dalam keadaan sedemikian. Anda memahami bahawa penghasilan cache bagi Kandungan Layak Apple sedemikian mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau. Anda boleh mengalih keluar Kandungan Layak Apple yang dihasilkan cache dan melumpuhkan Ciri Cache Kandungan tersebut pada bila-bila masa.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">I. <span class="s2">Sambungan Desktop Jauh</span>. Tertakluk pada terma dan syarat Lesen ini, apabila menyambung dari jauh daripada komputer atau peranti elektronik lain (setiap satu “Peranti”) kepada komputer berjenama Apple yang menjalankan Perisian Apple tersebut (untuk tujuan Seksyen ini, komputer berjenama Apple sedemikian dirujuk sebagai “Home Mac”), sama ada melalui ciri Perkongsian Skrin atau melalui apa-apa cara lain:</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p3">(i) hanya satu (1) Peranti boleh disambung dari jauh pada masa yang sama, sama ada secara langsung atau tidak langsung, untuk mengawal sesi desktop grafik bagi Perisian Apple tersebut yang dijalankan dan dipaparkan pada Home Mac; dan</p>
<p class="p4"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p3">(ii) bilangan Peranti yang munasabah boleh disambung dari jauh pada masa yang sama untuk tujuan semata-mata bagi memperhatikan secara serentak sesi grafik desktop Perisian Apple tersebut yang sama dan yang sedang dijalankan dan dipaparkan pada Home Mac, dengan syarat Peranti tersebut tidak mengawal Perisian Apple tersebut dalam apa-apa cara; tetapi</p>
<p class="p4"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p3">(iii) hanya satu (1) Peranti berjenama Apple boleh disambung dari jauh pada masa yang sama, sama ada secara langsung atau tidak langsung, untuk mengawal sesi grafik desktop berasingan Perisian Apple tersebut, yang berlainan daripada sesi yang sedang dijalankan dan dipaparkan pada Home Mac, dan sambungan sedemikian hanya boleh dibuat melalui ciri Perkongsian Skrin Perisian Apple tersebut.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Melainkan sepertimana yang dibenarkan secara nyata dalam Seksyen 2I atau Seksyen 3 ini, atau melainkan dilesenkan secara lain oleh Apple, anda bersetuju untuk tidak menggunakan Perisian Apple tersebut, atau apa-apa kefungsian perisian, berhubungan dengan biro perkhidmatan, perkongsian masa, perkongsian terminal atau jenis perkhidmatan lain yang serupa, sama ada perkhidmatan sedemikian disediakan dalam organisasi anda atau kepada pihak ketiga.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">J. <span class="s2">Pembatasan Penggunaan Lain</span>. Pemberian hak yang dinyatakan dalam Lesen ini tidak membenarkan anda untuk, dan anda bersetuju untuk tidak, memasang, menggunakan atau menjalankan Perisian Apple tersebut pada mana-mana komputer bukan berjenama Apple, atau membolehkan orang lain untuk berbuat demikian. Anda bersetuju untuk tidak membuang, mengaburkan atau mengubah suai mana-mana notis proprietari (termasuk notis tanda dagangan dan hak cipta) yang mungkin disertakan atau terkandung dalam Perisian Apple. Melainkan sebagaimana yang dibenarkan oleh terma Lesen ini atau dilesenkan dengan cara lain oleh Apple: (i) hanya satu pengguna dibenarkan untuk menggunakan Perisian Apple tersebut pada masa yang sama, dan (ii) anda tidak boleh menyebabkan Perisian Apple tersebut tersedia melalui mana-mana rangkaian yang Perisian Apple tersebut boleh dijalankan atau digunakan oleh berbilang komputer pada masa yang sama. Melainkan sepertimana yang dibenarkan secara nyata dalam Seksyen 3, anda tidak boleh menyewakan, memajak, meminjamkan, menjual, mengedar semula atau memberikan sublesen Perisian Apple tersebut.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">K. <span class="s2">Salinan Sandaran</span>. Anda boleh membuat satu salinan Perisian Apple tersebut (tidak termasuk kod Boot ROM dan perisian tegar Apple lain yang terbenam atau selainnya terkandung dalam perkakasan berjenama Apple) dalam bentuk yang boleh dibaca mesin untuk tujuan sandar sahaja; dengan syarat salinan sandar tersebut mesti termasuk semua notis hak cipta atau notis proprietari lain yang terkandung dalam salinan asal. Kod Boot ROM dan perisian tegar Apple disediakan hanya untuk penggunaan pada perkakasan berjenama Apple dan anda tidak boleh menyalin, mengubah suai atau mengedarkan semula kod Boot ROM atau perisian tegar Apple, atau mana-mana bahagian daripada yang tersebut.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">L. <span class="s2">Penghijrahan Perisian Sedia Ada</span>. Sekiranya anda menggunakan Setup/Migration Assistant untuk memindahkan perisian daripada satu komputer berjenama Apple kepada komputer berjenama Apple yang lain, sila ingat bahawa penggunaan berterusan salinan asal perisian tersebut mungkin dilarang apabila salinan telah dipindahkan kepada komputer lain, melainkan jika anda telah memperoleh salinan berlesen perisian sedemikian dalam kedua-dua komputer. Anda harus menyemak perjanjian lesen perisian yang berkaitan untuk terma dan syarat yang berkenaan. Perisian dan perkhidmatan pihak ketiga mungkin tidak serasi dengan Perisian Apple ini dan pemasangan Perisian Apple ini boleh menjejaskan ketersediaan dan kebolehgunaan perisian atau perkhidmatan pihak ketiga sedemikian.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">M. <span class="s2">Sumber Terbuka</span>. Komponen Perisian Apple tertentu, dan program sumber terbuka pihak ketiga yang termasuk bersama Perisian Apple tersebut, telah atau mungkin akan disediakan oleh Apple pada laman web Sumber Terbukanya (<a href="https://www.opensource.apple.com/">https://www.opensource.apple.com/</a>) (secara kolektif “Komponen Sumber Terbuka”). Anda boleh mengubah suai atau menggantikan Komponen Sumber Terbuka ini sahaja; dengan syarat: (i) hasil Perisian Apple yang diubah suai tersebut digunakan, sebagai ganti Perisian Apple yang tidak diubah suai tersebut, pada komputer berjenama Apple yang anda miliki atau kawal, asalkan komputer Apple sedemikian masing-masing mempunyai salinan Perisian Apple tersebut yang berlesen sewajarnya; dan (ii) anda selainnya mematuhi terma Lesen ini dan apa-apa terma pelesenan yang mentadbir penggunaan Komponen Sumber Terbuka tersebut. Apple tidak diwajibkan untuk menyediakan apa-apa pengemaskinian, penyelenggaraan, waranti, sokongan teknikal atau sokongan lain, atau perkhidmatan untuk hasilan Perisian Apple tersebut yang diubah suai. Anda mengakui secara nyata bahawa jika terdapat kegagalan atau kerosakan kepada perkakasan Apple yang diakibatkan oleh pengubahsuaian Komponen Sumber Terbuka Perisian Apple tersebut, kegagalan atau kerosakan sedemikian dikecualikan daripada terma waranti perkakasan Apple tersebut.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">N. <span class="s2">Kejuruteraan Undur Dilarang</span>. Anda tidak boleh, dan anda bersetuju untuk tidak, atau tidak membolehkan orang lain untuk, menyalin (melainkan sepertimana yang dibenarkan secara nyata oleh Lesen ini atau oleh Peraturan Penggunaan jika berkenaan dengan anda), menyahsusun, melakukan kejuruteraan undur, menyahhimpun, mencuba memperoleh kod sumber, menyahsulit, mengubah suai atau menghasilkan karya terbitan berdasarkan Perisian Apple tersebut atau mana-mana perkhidmatan yang disediakan oleh Perisian Apple tersebut, atau mana-mana bahagian daripadanya (melainkan sepertimana dan hanya setakat mana-mana syarat pembatasan terdahulu dilarang oleh undang-undang yang berkenaan atau oleh terma lesen yang mentadbir penggunaan Komponen Sumber Terbuka yang mungkin termasuk bersama Perisian Apple tersebut).</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">O. <span class="s2">Pematuhan Undang-undang</span>. Anda bersetuju untuk mengguna Perisian Apple tersebut dan Perkhidmatan tersebut (seperti yang didefinisikan dalam Seksyen 6 di bawah) dengan cara yang mematuhi semua undang-undang yang berkenaan, termasuk undang-undang tempatan negara atau rantau di tempat anda menetap atau di tempat anda memuat turun atau menggunakan Perisian Apple dan Perkhidmatan tersebut. Ciri Perisian Apple dan Perkhidmatan tersebut mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau dan sesetengah ciri mungkin berbeza mengikut rantau. Sambungan Internet diperlukan untuk sesetengah ciri Perisian Apple dan Perkhidmatan.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">P. <span class="s2">Perisian Pihak Ketiga</span>. Apple telah menyediakan sebagai sebahagian pakej Perisian Apple tersebut, dan mungkin menyediakan sebagai naik taraf, kemaskinian atau tambahan kepada Perisian Apple tersebut, akses kepada perisian atau perkhidmatan pihak ketiga yang tertentu sebagai kemudahan. Setakat yang Perisian Apple tersebut mengandungi atau menyediakan akses kepada mana-mana perisian atau perkhidmatan pihak ketiga, Apple tidak mempunyai kewajipan nyata atau tersirat untuk menyediakan apa-apa sokongan teknikal atau sokongan lain untuk perisian atau perkhidmatan sedemikian. Sila hubungi penjual, pengilang atau pembekal perkhidmatan perisian yang sewajarnya secara langsung untuk sokongan teknikal dan perkhidmatan pelanggan yang berkaitan dengan perisian, perkhidmatan dan/atau produknya.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Q. <span class="s2">Perubahan Perisian Apple</span>. Perisian Apple akan secara berkala merujuk kepada Apple untuk Perubahan Perisian Apple. Jika perubahan tersedia, perubahan itu boleh dimuat turun dan dipasang secara automatik pada komputer anda dan, jika berkenaan, peranti persisian anda. <b>Melalui penggunaan Perisian Apple, anda bersetuju bahawa Apple boleh memuat turunkan dan memasang Perubahan Perisian Apple pada komputer anda dan peranti persisian anda.</b> Anda boleh mematikan kemaskinian sistem pengendalian automatik dan Respons Keselamatan Pantas pada bila-bila masa dengan menyelaraskan tetapan yang ditemukan dalam Seting Sistem &gt; Kemas Kini Perisian &gt; Lanjutan.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">R. <span class="s2">Watak Sistem</span>. Tertakluk pada terma dan syarat Lesen ini, anda boleh menggunakan watak Memoji yang termasuk dalam atau dihasilkan dengan Perisian Apple tersebut (“Watak Sistem”): (i) semasa menjalankan Perisian Apple tersebut dan (ii) untuk menghasilkan apa-apa kandungan dan projek asal anda untuk penggunaan peribadi anda sahaja dan bukan untuk apa-apa penggunaan komersial. Tiada penggunaan Watak Sistem yang lain dibenarkan oleh Lesen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan, pengeluaran semula, pemaparan, persembahan, perakaman, penerbitan atau pengedaran semula mana-mana Watak Sistem tersebut dalam apa-apa konteks untung, bukan untung, perkongsian awam atau komersial.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>3. Pemajakan untuk Perkhidmatan Pembangun yang Dibenarkan.</b></p>
<p class="p1">A. <span class="s2">Pemajakan</span>. Anda boleh memajak atau memberikan subpajakan kepada mana-mana versi Perisian Apple yang dilesenkan secara sah pada keseluruhannya kepada mana-mana individu atau organisasi (setiap satu, “Pemajak”) selagi semua syarat berikut dipenuhi:<span class="Apple-converted-space">&nbsp;</span></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p3">(i) Perisian Apple yang dipajak tersebut mesti digunakan untuk tujuan tunggal menyediakan Perkhidmatan Pembangun yang Dibenarkan dan setiap Pemajak mesti menyemak dan bersetuju untuk terikat pada terma Lesen ini;</p>
<p class="p4"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p3">(ii) setiap tempoh pemajakan mestilah untuk tempoh minimum dua puluh empat (24) jam berturut-turut;<span class="Apple-converted-space">&nbsp;</span></p>
<p class="p4"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p3">(iii) sepanjang tempoh pemajakan, Pemajak Pengguna Akhir mesti mempunyai penggunaan dan pengawalan tunggal dan eksklusif berkenaan Perisian Apple tersebut dan perkakasan berjenama Apple di tempat Perisian Apple tersebut dipasangkan, kecuali bahawa anda, sebagai pihak yang memajak Perisian Apple tersebut (“Pemberi Pajak”), boleh menyediakan bantuan tadbir untuk Perisian Apple tersebut; dan<span class="Apple-converted-space">&nbsp;</span></p>
<p class="p4"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p3">(iv) sebelum menggunakan Perisian Apple tersebut, Pemajak Pengguna Akhir tersebut mesti mengkaji semula dan bersetuju untuk terikat pada terma yang berkenaan terhadap mana-mana perisian yang diprapasang dalam Perisian Apple tersebut, termasuk, tetapi tidak terhad kepada perisian pembangun Xcode Apple dan mana-mana perisian Apple atau pihak ketiga yang lain.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Untuk tujuan Seksyen 3 ini: (A) Pemajak Pengguna Akhir bermaksud seorang Pemajak yang merupakan pengguna akhir yang akhirnya menggunakan Perisian Apple yang dipajak hanya untuk Perkhidmatan Pembangun yang Dibenarkan; dan (B) Perkhidmatan Pembangun yang Dibenarkan bermaksud perkhidmatan integrasi yang berterusan, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembangunan perisian, pembinaan perisian dari sumber, ujian berautomatik semasa pembangunan perisian, dan menjalankan alatan pembangun yang diperlukan untuk menyokong aktiviti sedemikian. Setiap Pemberi Pajak mesti memberikan notis terdahulu kepada Apple sebelum memajakkan atau memberikan subpajakan kepada Perisian Apple tersebut menurut Seksyen 3 ini dengan menghubungi Perhubungan Pembinaan Apple (<a href="https://developer.apple.com/contact/macos-license/"><span class="s2">https://developer.apple.com/contact/macos-license/</span></a>).</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">B. <span class="s2">Memberikan subpajakan</span>. Seorang Pemajak boleh selanjutnya memberikan subpajakan kepada Perisian Apple tersebut menurut Seksyen 3 ini dengan syarat Pemajak sedemikian mematuhi semua terma Seksyen 3 ini. Seorang Pemajak yang memberikan subpajakan kepada Perisian Apple tersebut (yang juga akan dianggap sebagai seorang Pemberi Pajak di bawah Seksyen 3 ini) mesti dengan sepenuhnya melepaskan penggunaan dan pengawalan eksklusif berkenaan Perisian Apple tersebut dan perkakasan berjenama Apple yang Perisian Apple tersebut dipasangkan kepada Pemajak sepanjang tempoh pajakan.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">C. <span class="s2">Penguatkuasaan</span>. Sebagai seorang Pemberi Pajak, anda akan bertanggungjawab untuk: (i) memastikan bahawa setiap Pemajak mematuhi keperluan Seksyen 3 ini; (ii) memastikan bahawa setiap Pemajak bersetuju kepada semua terma lesen yang berkenaan; dan (iii) membantu Apple dalam menguatkuasakan pematuhan terma tersebut. Sekiranya seseorang Pemajak melanggar Lesen ini atau terma lesen Apple berkenaan yang lain, hak mereka untuk menggunakan Perisian Apple tersebut akan ditamatkan secara automatik dan anda bersetuju untuk menamatkan penggunaan Perisian Apple tersebut oleh Pemajak sedemikian dengan serta-merta setelah anda mendapat tahu tentang pelanggaran sedemikian atau setelah mendapat notis bertulis daripada Apple berkenaan pelanggaran sedemikian.<span class="Apple-converted-space">&nbsp;</span></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">D. <span class="s2">Kemayaan</span>. Untuk setiap salinan Perisian Apple tersebut yang tertakluk pada pajakan di bawah Seksyen 3 ini, Pemberi Pajak atau Pemajak (tetapi bukan kedua-duanya) boleh memasang, menggunakan, dan menjalankan salinan atau peristiwa tambahan Perisian Apple tersebut dalam persekitaran sistem pengendalian maya menurut Seksyen 2B(iii), dengan syarat Pemberi Pajak hanya boleh memayakan peristiwa atau salinan Perisian Apple sebagai alatan peruntukkan untuk tujuan menyediakan akses kepada dan penggunaan Perisian Apple tersebut kepada Pemajak menurut Seksyen 3 ini.<span class="Apple-converted-space">&nbsp;</span></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">E. <span class="s2">Konfigurasi Sistem</span>. Sekiranya anda seorang Pemajak, anda mengakui bahawa Perisian Apple tersebut mungkin telah dikonfigurasi sebelum ini oleh Pemberi Pajak yang memajak Perisian Apple tersebut kepada anda, termasuk pilihan tetapan untuk Analitis, Perkhidmatan Lokasi, dan ciri keselamatan, privasi dan ciri berkaitan dengan pengumpulan data yang lain. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Apple tidak bertanggungjawab untuk konfigurasi Perisian Apple oleh Pemberi Pajak tersebut.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>4. Pemindahan.</b></p>
<p class="p1">A. Sekiranya anda memperoleh Perisian Apple tersebut yang diprapasang dalam perkakasan berjenama Apple atau sekiranya anda memperoleh lesen anda untuk Perisian Apple tersebut daripada Mac App Store atau melalui kemaskinian perisian, anda boleh memindahkan secara kekal kepada pihak lain segala hak lesen anda kepada Perisian Apple tersebut (dalam bentuk asalnya seperti yang disediakan oleh Apple) untuk sekali sahaja, dengan syarat: (i) Perisian Apple tersebut dipindahkan bersama dengan perkakasan berjenama Apple anda; (ii) pemindahan tersebut mesti termasuk keseluruhan Perisian Apple tersebut, termasuk kesemua bahagian komponennya dan Lesen ini; (iii) anda tidak menyimpan mana-mana salinan Perisian Apple tersebut, sama ada salinan penuh atau separa, termasuk salinan yang disimpan dalam komputer atau peranti storan lain; dan (iv) pihak yang menerima Perisian Apple tersebut membaca dan bersetuju untuk menerima terma dan syarat Lesen ini. Untuk tujuan Lesen ini, sekiranya Apple menyediakan sesuatu kemaskinian (contohnya versi 10.14 ke 10.14.1) untuk Perisian Apple tersebut, kemaskinian itu akan dianggap sebagai sebahagian daripada Perisian Apple tersebut dan tidak boleh dipindah milik secara berasingan daripada versi prakemaskinian Perisian Apple tersebut.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">B. Anda tidak boleh memindah mana-mana Perisian Apple yang telah diubahsuaikan atau digantikan di bawah Seksyen 2M di atas. Semua komponen Perisian Apple tersebut disediakan sebagai sebahagian daripada berkas dan tidak boleh diasingkan daripada berkas tersebut dan diedarkan sebagai aplikasi kendiri. Sila ambil perhatian bahawa Perisian Apple tersebut yang disediakan dengan sebuah produk perkakasan berjenama Apple tertentu mungkin tidak boleh dijalankan dalam model perkakasan berjenama Apple lain.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">C. Mana-mana salinan Perisian Apple tersebut yang mungkin disediakan oleh Apple untuk tujuan promosi, penilaian, diagnostik atau pemulihan hanya boleh digunakan untuk tujuan sedemikian dan tidak boleh dijual semula atau dipindahkan.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">D. Apple boleh menguntukkan semua atau sebarang bahagian Lesen ini atau sebarang hak atau kewajipan di bawah ini kepada sebarang sekutu atau subsidiari Apple pada bila-bila masa tanpa notis.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>5. Persetujuan terhadap Penggunaan Data. </b>Ciri tertentu seperti Analitis, Perkhidmatan Lokasi, Siri, Pengimlakan dan Spotlight mungkin memerlukan maklumat daripada komputer anda untuk menyediakan fungsi masing-masing. Apabila anda menghidupkan atau menggunakan ciri tersebut, butiran&nbsp;akan diberikan&nbsp;berkenaan&nbsp;maklumat yang dihantar kepada Apple dan cara maklumat&nbsp;tersebut mungkin digunakan. Anda boleh mengetahui lebih lanjut dengan melayari <a href="https://www.apple.com/my/privacy/">https://www.apple.com/my/privacy/</a>. Maklumat anda akan dikendalikan mengikut Dasar Privasi Apple setiap masa, yang boleh dirujuk di: <a href="https://www.apple.com/my/legal/privacy/">https://www.apple.com/my/legal/privacy/</a>.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>6. Perisian, Perkhidmatan Apple dan Bahan Pihak ketiga.</b></p>
<p class="p1">A. <span class="s2">Am</span>. Perisian Apple tersebut mungkin membolehkan akses kepada iTunes Store, Mac App Store, Apple Books, Game Center, iCloud, Maps, News Apple dan perkhidmatan dan laman web Apple dan pihak ketiga lain (secara kolektif dan individu, “Perkhidmatan”). Penggunaan Perkhidmatan ini memerlukan akses Internet dan penggunaan Perkhidmatan tertentu mungkin memerlukan Akaun Apple, mungkin memerlukan anda menerima terma tambahan, dan mungkin tertakluk pada yuran tambahan. Melalui penggunaan perisian ini sehubungan dengan Akaun Apple atau Perkhidmatan Apple lain, anda bersetuju dengan terma perkhidmatan yang berkenaan, seperti Terma dan Syarat Perkhidmatan Media Apple terkini untuk negara atau rantau di tempat anda mengakses Perkhidmatan sedemikian, yang boleh anda akses dan semak di <a href="https://www.apple.com/legal/internet-services/itunes/my/terms.html">https://www.apple.com/legal/internet-services/itunes/my/terms.html</a>.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">B. Sekiranya anda mendaftar untuk iCloud, ciri iCloud tertentu seperti “iCloud Drive”, “Album Dikongsi” dan “Cari” boleh diakses secara langsung daripada Perisian Apple tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa penggunaan iCloud dan ciri ini oleh anda tertakluk pada terma dan syarat perkhidmatan iCloud terkini, yang boleh anda akses dan semak di: <a href="https://www.apple.com/legal/internet-services/icloud/my/terms.html">https://www.apple.com/legal/internet-services/icloud/my/terms.html</a>.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">C. <span class="s2">Kandungan Aplikasi News</span>. Penggunaan kandungan oleh anda yang diakses melalui aplikasi News terhad semata-mata kepada penggunaan peribadi dan bukan komersial, tidak memindahkan apa-apa kepentingan pemilikan kepada anda dalam kandungan tersebut, dan secara khususnya tidak termasuk, tanpa had, apa-apa hak penggunaan komersial atau promosi dalam kandungan sedemikian.<span class="Apple-converted-space">&nbsp;</span></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">D. <span class="s2">Maps.</span> Perkhidmatan peta dan ciri Perisian Apple (“Maps”), termasuk liputan data peta, mungkin berbeza-beza mengikut rantau. Apabila anda menghidupkan atau menggunakan Maps, butiran akan diberikan berkenaan maklumat yang dihantar kepada Apple dan cara maklumat tersebut mungkin digunakan. Anda mengakui dan bersetuju bahawa penggunaan Maps oleh anda tertakluk pada terma dan syarat perkhidmatan Maps terkini, yang boleh anda mengakses dan mengkaji semula di bar sisi aplikasi Maps.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">E. Anda memahami bahawa melalui penggunaan mana-mana Perisian dan Perkhidmatan Apple tersebut, anda mungkin berhadapan dengan kandungan yang mungkin dianggap menjelikkan, tidak senonoh, atau tidak menyenangkan, yang kandungan Perkhidmatan tersebut mungkin atau tidak mungkin dikenal pasti mengandungi bahasa kesat, dan bahawa hasil sebarang carian atau kemasukan URL tertentu mungkin secara automatik dan dengan tidak sengaja menjana pautan atau rujukan kepada bahan yang tidak menyenangkan. Walau bagaimanapun, anda bersetuju untuk menanggung segala risiko berkenaan penggunaan Perisian dan Perkhidmatan Apple tersebut dan bahawa Apple, pihak berkaitannya, ejennya, prinsipalnya, atau pemberi lesennya tidak akan bertanggungjawab terhadap anda untuk kandungan yang mungkin didapati menjelikkan, tidak senonoh, atau tidak menyenangkan.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">F. Perisian dan Perkhidmatan Apple tertentu mungkin memaparkan, termasuk atau menyediakan kandungan, data, maklumat, aplikasi atau bahan daripada pihak ketiga (“Bahan Pihak Ketiga”) atau menyediakan pautan kepada laman web pihak ketiga tertentu. Melalui penggunaan Perisian dan Perkhidmatan Apple tersebut, anda mengakui dan bersetuju bahawa Apple tidak bertanggungjawab untuk memeriksa atau menilai kandungan, ketepatan, kelengkapan, ketepatan masa, kesahihan, pematuhan hak cipta, kesahan, kesopanan, kualiti atau mana-mana aspek lain Bahan Pihak Ketiga atau laman web sedemikian. Apple, kakitangannya, pihak gabungannya dan anak syarikatnya tidak menjamin atau menyokong dan tidak menanggung dan tidak akan mempunyai apa-apa liabiliti atau tanggungjawab terhadap anda atau mana-mana orang lain untuk apa-apa Perkhidmatan pihak ketiga, Bahan Pihak Ketiga atau laman web, atau untuk apa-apa bahan, produk atau perkhidmatan pihak ketiga yang lain. Bahan Pihak Ketiga dan pautan kepada laman web lain disediakan hanya untuk kemudahan anda.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">G. Apple atau pembekal kandungannya tidak menjamin ketersediaan, ketepatan, kelengkapan, kebolehpercayaan atau kekinian maklumat saham, data lokasi, maklumat kesihatan atau mana-mana data lain yang dipaparkan oleh mana-mana Perisian dan Perkhidmatan Apple. Maklumat kewangan yang dipaparkan oleh mana-mana Perisian dan Perkhidmatan Apple adalah untuk tujuan maklumat am sahaja dan tidak harus digunakan sebagai nasihat pelaburan. Sebelum melaksanakan sebarang transaksi sekuriti berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui Perisian dan Perkhidmatan Apple tersebut, anda harus mendapatkan nasihat daripada profesional kewangan atau sekuriti yang berkelayakan secara sah di sisi undang-undang untuk memberikan nasihat kewangan atau sekuriti di negara atau rantau anda. Anda hendaklah menilai output yang dijana oleh kecerdasan buatan untuk ketepatan dan kesesuaian bagi kes penggunaan anda, termasuk menggunakan semakan manusia sebagai wajar, sebelum menggunakan atau berkongsi output daripada Perisian dan Perkhidmatan Apple. Data lokasi yang disediakan oleh mana-mana Perisian dan Perkhidmatan Apple, termasuk perkhidmatan Apple Maps, adalah untuk tujuan panduan arah asas dan/atau tujuan perancangan sahaja dan tidak bertujuan untuk diguna pakai dalam situasi yang maklumat lokasi tepat diperlukan atau data lokasi yang salah, tidak tepat, kelewatan masa atau tidak lengkap mungkin menyebabkan maut, kecederaan diri, kerosakan harta atau alam sekitar. Anda bersetuju bahawa hasil yang anda terima daripada perkhidmatan Maps mungkin berbeza-beza daripada keadaan jalan raya atau rupa bumi sebenar disebabkan oleh faktor yang boleh menjejaskan ketepatan data Maps, seperti, tetapi tidak terhad kepada, cuaca, keadaan jalan raya dan trafik serta peristiwa geopolitik. Untuk keselamatan anda, sentiasa berikan perhatian kepada papan tanda jalan raya dan keadaan jalan raya semasa. Ikutilah amalan pandu cermat dan peraturan lalu lintas, dan sila ambil perhatian bahawa arahan untuk penunggang basikal dan pejalan kaki mungkin tidak termasuk laluan yang ditetapkan.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">H. Setakat yang anda memancarkan sebarang kandungan menggunakan Perisian dan Perkhidmatan Apple tersebut, anda mewakili bahawa anda memiliki kesemua hak, atau mempunyai kebenaran atau selainnya dibenarkan di sisi undang-undang untuk memancarkan kandungan sedemikian dan bahawa kandungan sedemikian tidak melanggar sebarang terma perkhidmatan yang berkenaan pada Perisian dan Perkhidmatan Apple tersebut. Anda bersetuju bahawa Perisian dan Perkhidmatan Apple tersebut mengandungi kandungan, maklumat dan bahan proprietari yang dimiliki oleh Apple, pemilik laman atau pemberi lesen mereka, dan dilindungi oleh undang-undang harta intelek dan undang-undang lain yang berkenaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mengguna kandungan, maklumat, atau bahan proprietari sedemikian selain penggunaan Perisian dan Perkhidmatan Apple tersebut yang dibenarkan, atau dalam sebarang cara yang bercanggah dengan terma Lesen ini atau yang melanggar sebarang hak harta intelek pihak ketiga atau Apple. Kesemua bahagian Perisian dan Perkhidmatan Apple tersebut tidak boleh dihasilkan semula dalam apa-apa bentuk atau dalam apa-apa cara. Anda bersetuju untuk tidak mengubahsuai, menyewakan, memajakkan, meminjamkan, menjualkan, mengedarkan, atau menghasilkan karya terbitan berdasarkan Perisian dan Perkhidmatan Apple tersebut, dalam sebarang cara, dan anda tidak boleh mengeksploit Perisian dan Perkhidmatan Apple tersebut dalam sebarang cara yang tidak dibenarkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, menggunakan Perisian dan Perkhidmatan Apple tersebut untuk menghantar sebarang virus komputer, cecacing, kekuda Troy atau perisian hasad lain, atau dengan menceroboh atau membebani kapasiti rangkaian. Anda bersetuju selanjutnya untuk tidak menggunakan Perisian dan Perkhidmatan Apple tersebut dalam sebarang cara yang membuat spam, menipu, menganggu, menyalahguna, menghendap, mengancam, memfitnah atau selainnya melanggar atau mencabul hak mana-mana pihak lain, dan bahawa Apple tidak bertanggungjawab dalam sebarang cara sebarang penggunaan anda yang sebegitu, atau untuk sebarang mesej atau penyampaian yang mengganggu, mengancam, memfitnah, menjelikkan, atau mesej atau penyampaian yang melanggar atau menyalahi undang-undang yang anda mungkin terima sebagai akibat mengguna mana-mana Perisian dan Perkhidmatan Apple tersebut.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">I. Perisian, Perkhidmatan Apple dan Bahan Pihak Ketiga sedemikian mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau semua negara atau rantau. Apple tidak membuat sebarang representasi bahawa Perisian, Perkhidmatan Apple dan Bahan Pihak Ketiga sedemikian adalah bersesuaian atau tersedia untuk digunakan di mana-mana lokasi tertentu. Setakat mana anda memilih untuk menggunakan atau mengakses Perisian, Perkhidmatan Apple atau Bahan Pihak Ketiga sedemikian, anda berbuat demikian di atas inisiatif anda sendiri dan bertanggungjawab untuk pematuhan dengan undang-undang yang digunakan, termasuk tetapi tidak terhad kepada undang-undang tempatan dan undang-undang privasi dan pengumpulan data yang berkenaan. Apple dan pemberi lesennya menyimpan hak untuk mengubah, menggantungkan, melucutkan, atau melumpuhkan akses kepada mana-mana Perisian dan Perkhidmatan Apple pada bila-bila masa tanpa notis. Dalam apa jua keadaan, Apple tidak akan bertanggungjawab untuk perlucutan atau kelumpuhan akses kepada mana-mana Perisian dan Perkhidmatan Apple sedemikian. Apple juga boleh mengehadkan penggunaan atau akses kepada Perisian dan Perkhidmatan Apple tertentu, dalam sebarang kes dan tanpa notis atau liabiliti.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>7. Penamatan.</b> Lesen ini berkuat kuasa sehingga ditamatkan. Hak anda di bawah Lesen ini akan ditamatkan secara automatik atau berhenti daripada berkuat kuasa tanpa notis daripada Apple sekiranya anda gagal untuk mematuhi mana-mana terma Lesen ini. Sebaik sahaja Lesen ini tamat, anda mesti hentikan semua penggunaan Perisian Apple dan menghapuskan semua salinan Perisian Apple, sama ada salinan penuh atau separa. Seksyen 5, 6, 7, 8, 9, 11, 12 dan 13 Lesen ini akan terus berkuat kuasa selepas sebarang penamatan sedemikian.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>8. Penafian Waranti</b>.</p>
<p class="p1">A. Sekiranya anda seorang pelanggan yang merupakan seorang pengguna (seseorang yang menggunakan Perisian Apple di luar bidang perdagangan, perniagaan atau profesion anda), anda mungkin mempunyai hak dari segi undang-undang di negara tempat anda menetap yang melarang had berikut daripada digunakan terhadap anda, dan di tempat had tersebut dilarang, had tersebut tidak akan digunakan terhadap anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang hak, anda harus menghubungi organisasi nasihat pengguna tempatan. Bagi pengguna di Australia, tiada apa-apa dalam Lesen ini menjejaskan atau bertujuan untuk menjejaskan, hak berkanun anda di bawah Undang-undang Pengguna Australia (termasuk jaminan pengguna).</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">B. ANDA MENGAKU DAN BERSETUJU SECARA NYATA BAHAWA, SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG BERKENAAN, RISIKO MENGGUNAKAN PERISIAN APPLE DAN SEBARANG PERKHIDMATAN YANG DILAKSANAKAN OLEH ATAU DIAKSES MELALUI PERISIAN APPLE, DITANGGUNG ANDA SENDIRI DAN BAHAWA SEGALA RISIKO BERKENAAN KEPUASAN KUALITI, PRESTASI, KETEPATAN DAN USAHA DITANGGUNG OLEH ANDA.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">C. SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAKAN, PERISIAN APPLE DAN PERKHIDMATAN TERSEBUT ADALAH DISEDIAKAN “SEADANYA” DAN “SEPERTI TERSEDIA”, DENGAN SEGALA KEROSAKAN/KECACATAN DAN TANPA WARANTI WALAU APA-APA JENIS SEKALIPUN, DAN APPLE SERTA PEMBERI LESEN APPLE (SECARA KOLEKTIF DIRUJUK SEBAGAI “APPLE” UNTUK TUJUAN BAHAGIAN 8 DAN 9) DENGAN INI MENOLAK TUNTUT SEMUA WARANTI DAN SYARAT BERKENAAN DENGAN PERISIAN APPLE DAN PERKHIDMATAN TERSEBUT, SAMA ADA SECARA NYATA, TERSIRAT ATAU STATUTORI, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, WARANTI TERSIRAT DAN/ATAU SYARAT BERKENAAN KEBOLEHDAGANGAN, KEPUASAN KUALITI, KESESUAIAN UNTUK MANA-MANA TUJUAN TERTENTU, KETEPATAN, KENIKMATAN AMAN SENTOSA, DAN KETIADAAN PERLANGGARAN HAK PIHAK KETIGA.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">D. APPLE TIDAK MENJAMIN BAHAWA TIDAK AKAN ADA APA-APA GANGGUAN TERHADAP PENGGUNAAN PERISIAN APPLE DAN PERKHIDMATAN TERSEBUT OLEH ANDA, BAHAWA KEFUNGSIAN YANG TERKANDUNG DALAM, ATAU PERKHIDMATAN YANG DILAKSANAKAN ATAU DISEDIAKAN OLEH, PERISIAN APPLE TERSEBUT AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA, BAHAWA PENGOPERASIAN PERISIAN APPLE DAN PERKHIDMATAN TERSEBUT TIDAK AKAN DIGANGGU ATAU BEBAS DARIPADA RALAT, BAHAWA MANA-MANA PERKHIDMATAN AKAN TERUS TERSEDIA, BAHAWA KEROSAKAN/KECACATAN DALAM PERISIAN APPLE ATAU PERKHIDMATAN TERSEBUT AKAN DIPERBETULKAN, ATAU BAHAWA PERISIAN APPLE DAN PERKHIDMATAN TERSEBUT AKAN SERASI ATAU BERFUNGSI DENGAN MANA-MANA PERISIAN PIHAK KETIGA, APLIKASI ATAU PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA. PEMASANGAN PERISIAN APPLE INI MUNGKIN MENJEJASKAN KETERSEDIAAN DAN KEBOLEHGUNAAN PERISIAN PIHAK KETIGA, APLIKASI ATAU PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA, SERTA PRODUK DAN PERKHIDMATAN APPLE.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">E. ANDA SELANJUTNYA MENGAKU BAHAWA PERISIAN APPLE DAN PERKHIDMATAN TERSEBUT TIDAK DINIATKAN ATAU SESUAI UNTUK DIGUNAKAN DALAM SITUASI ATAU PERSEKITARAN YANG KEGAGALAN ATAU KELEWATAN MASA, ATAU RALAT ATAU KETIDAKTEPATAN DALAM KANDUNGAN, DATA ATAU MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN OLEH, PERISIAN APPLE DAN PERKHIDMATAN TERSEBUT BOLEH MENYEBABKAN MAUT, KECEDERAAN DIRI, ATAU KEROSAKAN FIZIKAL ATAU ALAM SEKITAR YANG TERUK, TERMASUK TANPA HAD, PENGOPERASIAN KEMUDAHAN NUKLEAR, SISTEM PANDU ARAH ATAU KOMUNIKASI PESAWAT UDARA, KAWALAN LALU LINTAS UDARA, SISTEM SOKONGAN HIDUP ATAU SISTEM SENJATA.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">F. TIADA MAKLUMAT ATAU NASIHAT LISAN ATAU BERTULIS YANG DIBERIKAN OLEH APPLE ATAU MANA-MANA WAKIL APPLE YANG SAH AKAN MEWUJUDKAN APA-APA WARANTI. SEKIRANYA PERISIAN ATAU PERKHIDMATAN APPLE TERBUKTI DEFEKTIF, ANDA BERSETUJU UNTUK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEGALA KOS PERKHIDMATAN, PEMBAIKAN ATAU PEMBETULAN YANG DIPERLUKAN. SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN WARANTI TERSIRAT ATAU PENGEHADAN HAK STATUTORI YANG BERKENAAN UNTUK PENGGUNA, OLEH ITU, PENGECUALIAN DAN HAD DI ATAS MUNGKIN TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>9. Pengehadan Liabiliti.</b> MELAINKAN DINYATAKAN SEBALIKNYA DALAM LESEN INI, SETAKAT YANG TIDAK DILARANG OLEH UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAKAN, APPLE, SEKUTUNYA, EJEN-EJENNYA, ATAU PRINSIPAL-PRINSIPALNYA DALAM APA-APA JUA KEADAAN TIDAK AKAN MENANGGUNG LIABILITI UNTUK KECEDERAAN DIRI, ATAU APA-APA JUA GANTI RUGI SAMPINGAN, KHAS, TIDAK LANGSUNG ATAU BERBANGKIT, TERMASUK, TANPA HAD, GANTI RUGI UNTUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN DATA, KEGAGALAN UNTUK MENYAMPAIKAN ATAU MENERIMA SEBARANG DATA ATAU MAKLUMAT (TERMASUK TANPA HAD ARAHAN, TUGASAN, DAN BAHAN KURSUS), GANGGUAN PERNIAGAAN ATAU SEBARANG GANTI RUGI ATAU KERUGIAN KOMERSIAL LAIN, YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKENAAN DENGAN PENGGUNAAN OLEH ANDA ATAU KETIDAKPUNYAAN ANDA UNTUK MENGGUNAKAN PERISIAN ATAU PERKHIDMATAN APPLE ATAU SEBARANG PERISIAN, APLIKASI ATAU PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA BERHUBUNGAN DENGAN PERISIAN APPLE ATAU PERKHIDMATAN TERSEBUT, WALAU APA-APA SEBABNYA, TANPA MENGHIRAUKAN TEORI LIABILITI (KONTRAK, TORT, ATAU SELAINNYA) DAN WALAUPUN JIKA APPLE TELAH DIMAKLUMKAN TENTANG KEMUNGKINAN GANTI RUGI SEDEMIKIAN. SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PEMBATASAN LIABILITI UNTUK KECEDERAAN DIRI, ATAU GANTI RUGI SAMPINGAN ATAU BERBANGKIT, OLEH YANG DEMIKIAN, PEMBATASAN INI MUNGKIN TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA. Dalam apa-apa jua keadaan, jumlah liabiliti Apple kepada anda secara keseluruhannya untuk semua ganti rugi (melainkan seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berkenaan dalam kes melibatkan kecederaan diri) tidak akan melebihi amaun dua ratus lima puluh dolar (U.S.$250.00). Had yang dinyatakan di atas akan terpakai walaupun sekiranya remedi yang dinyatakan di atas gagal akan tujuan utamanya. WALAU APA-APA PUN TERMA LAIN DALAM LESEN INI, JIKA AKTA KONTRAK PENGGUNA JEPUN ADALAH TERPAKAI, TERMA YANG MENGEHADKAN LIABILITI APPLE UNTUK KEROSAKAN YANG DISEBABKAN PELANGGARAN KONTRAK ATAU TORT YANG DILAKUKAN OLEH APPLE TIDAK AKAN TERPAKAI JIKA KEROSAKAN SEDEMIKIAN ADALAH DISEBABKAN SALAH LAKU YANG DISENGAJAKAN ATAU KECUAIAN APPLE.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>10. Pengawalan Eksport. </b>Anda tidak boleh menggunakan atau selainnya mengeksport atau mengeksport semula Perisian Apple tersebut kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang Amerika Syarikat dan undang-undang dalam bidang kuasa di tempat Perisian Apple tersebut diperoleh. Khususnya, tetapi tanpa had, Perisian Apple tidak boleh dieksport atau dieksportkan semula (a) ke dalam mana-mana negara yang dilarang untuk berdagang dengan Amerika Syarikat atau (b) kepada sesiapa yang tersenarai dalam Senarai Warganegara Ditentukan Khas yang dikeluarkan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat atau Senarai Orang Terhalang atau Senarai Entiti yang dikeluarkan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat atau mana-mana senarai pihak yang dilarang lain. Melalui penggunaan Perisian Apple anda membuat representasi dan menjamin bahawa anda tidak berada dalam mana-mana negara sedemikian atau mana-mana senarai sebegitu. Anda juga bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan Perisian Apple untuk apa-apa tujuan yang dilarang oleh undang-undang Amerika Syarikat, termasuk tanpa had, pembangunan, reka bentuk, penghasilan atau pengeluaran senjata peluru berpandu, nuklear, kimia atau biologi.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>11. Pengguna Akhir Kerajaan.</b> Perisian Apple tersebut dan dokumentasi berkaitan ialah “Produk Komersial”, sepertimana terma tersebut didefinisikan dalam 48 C.F.R. §§2.101, yang mengandungi “Perisian Komputer Komersial” (Commercial Computer Software) dan “Dokumentasi Perisian Komputer Komersial” (Commercial Computer Software Documentation), sepertimana terma tersebut digunakan dalam 48 C.F.R. §12.212 atau 48 C.F.R. §227.7202, mana-mana berkenaan. Selaras dengan 48 C.F.R. §12.212 atau 48 C.F.R. §227.7202-1 hingga 227.7202-4, seperti yang berkenaan, Perisian Komputer Komersial dan Dokumentasi Perisian Komputer Komersial dilesenkan kepada pengguna akhir Kerajaan A.S. (a) hanya sebagai Produk Komersial dan (b) dengan hanya hak tersebut sebagaimana yang diberikan kepada semua pengguna akhir yang lain menurut terma dan syarat dalam ini. Hak yang tidak diterbitkan tertakluk di bawah undang-undang hak cipta Amerika Syarikat.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>12. Undang-undang yang Mengawal dan Kebolehasingan</b>. Lesen ini akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Negeri California, tidak termasuk percanggahan prinsip undang-undangnya. Lesen ini tidak akan ditadbir oleh Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Kontrak untuk Jualan Barangan Antarabangsa, yang kegunaan lesen dikecualikan secara nyata. Sekiranya anda seorang pengguna yang menetap di United Kingdom, Lesen ini akan ditadbir oleh undang-undang dalam bidang kuasa tempat anda menetap. Sekiranya mahkamah bidang kuasa kompeten mendapati mana-mana peruntukan Lesen ini, atau sebahagian daripadanya, tidak boleh dikuatkuasakan untuk apa-apa sebab, yang selebihnya akan terus berkuat kuasa dan berkesan penuh.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>13. Perjanjian Lengkap; Bahasa yang Mentadbir.</b> Lesen ini membentuk keseluruhan perjanjian antara anda dengan Apple berkaitan dengan Perisian Apple dan menggantikan semua pemahaman terdahulu atau sezaman tentang perkara sedemikian. Tiada pindaan atau perubahan kepada Lesen ini akan mengikat melainkan pindaan atau perubahan tersebut dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh Apple. Sebarang terjemahan Lesen ini dibuat untuk keperluan tempatan dan sekiranya berlaku pertikaian antara versi Bahasa Inggeris dengan versi bukan Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris Lesen ini akan mentadbir, setakat yang tidak dilarang oleh undang-undang tempatan dalam bidang kuasa anda.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>14. Perakuan Pihak Ketiga.</b></p>
<p class="p1">A. Sebahagian daripada Perisian Apple tersebut mungkin menggunakan atau termasuk perisian pihak ketiga dan bahan lain yang dilindungi hak cipta. Perakuan, terma pelesenan dan penafian untuk bahan sedemikian terkandung dalam dokumentasi elektronik untuk Perisian Apple dan penggunaan bahan sedemikian oleh anda ditadbir oleh terma masing-masing. Penggunaan Perkhidmatan Penyemakan Imbas Selamat Google tertakluk pada Terma Perkhidmatan Google (<a href="https://policies.google.com/terms?hl=ms">https://policies.google.com/terms?hl=ms</a>) dan Dasar Privasi Google (<a href="https://policies.google.com/privacy?hl=ms">https://policies.google.com/privacy?hl=ms</a>).</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">B. Perpustakaan perisian tertentu dan perisian pihak ketiga lain yang termasuk bersama Perisian Apple tersebut ialah perisian percuma dan dilesenkan di bawah terma GNU General Public License (GPL) atau GNU Library/Lesser General Public License (LGPL), mengikut yang berkenaan. Anda boleh memperoleh salinan lengkap kod sumber tersebut dalam bentuk yang boleh dibaca mesin untuk perisian percuma sedemikian di bawah terma GPL atau LGPL, mengikut mana-mana yang berkenaan, tanpa bayaran selain kos media, pengiriman dan pengendalian, dengan membuat permintaan bertulis kepada Apple di <a href="mailto:opensource@apple.com">opensource@apple.com</a>. Perisian GPL/LGPL tersebut diedarkan dengan harapan perisian GPL/LGPL tersebut akan berguna, tetapi TANPA APA-APA WARANTI, malahan tanpa waranti tersirat berkenaan KEBOLEHDAGANGAN atau KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU. Satu salinan GPL dan LGPL tersebut termasuk bersama Perisian Apple tersebut.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">C. Penggunaan MPEG-4. Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten Sistem-sistem MPEG-4 (MPEG-4 Systems Patent Portfolio License) untuk pengekodan menurut Standard Sistem-sistem MPEG-4 (MPEG-4 Systems Standard), melainkan bahawa lesen tambahan dan pembayaran royalti diperlukan untuk pengekodan berkaitan dengan (i) data yang disimpan atau yang direplikasi dalam media fizikal yang dibayar atas dasar tajuk demi tajuk dan/atau (ii) data yang dibayar atas dasar tajuk demi tajuk dan dihantar kepada pengguna akhir untuk simpanan kekal dan/atau penggunaan. Lesen tambahan sedemikian boleh diperoleh daripada MPEG LA, LLC. Lihat <a href="https://www.mpegla.com/">https://www.mpegla.com</a> untuk butiran tambahan.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten Visual MPEG-4 untuk penggunaan peribadi seseorang pengguna dan bukan untuk apa-apa penggunaan komersial untuk (i) pengekodan video menurut Standard Visual MPEG-4 (“Video MPEG-4”) dan/ atau (ii) penyahkodan video MPEG-4 yang dikodkan oleh pengguna yang terlibat dalam aktiviti peribadi dan bukan komersial dan/atau yang telah diperoleh daripada pembekal video yang dilesenkan oleh MPEG LA untuk menyediakan video MPEG-4. Tiada lesen diberikan atau akan tersirat untuk apa-apa penggunaan lain. Maklumat tambahan termasuk yang berkaitan dengan penggunaan promosi, dalaman dan komersial dan pelesenan boleh diperoleh daripada MPEG LA, LLC. Lihat <a href="https://www.mpegla.com">https://www.mpegla.com</a>.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">D. Notis H.264/AVC.<b> </b>Setakat yang Perisian Apple tersebut mengandungi kefungsian pengekodan dan/atau penyahkodan AVC, penggunaan komersial H.264/AVC memerlukan pelesenan tambahan dan<b> </b>peruntukan berikut digunakan: KEFUNGSIAN AVC DALAM PRODUK INI DILESENKAN DI SINI<b> </b>HANYA UNTUK PENGGUNAAN PERIBADI SEORANG PENGGUNA DAN BUKAN UNTUK APA-APA PENGGUNAAN KOMERSIAL UNTUK (i) PENGEKODAN VIDEO MENURUT STANDARD AVC TERSEBUT (“VIDEO AVC”) DAN/ATAU (ii) PENYAHKODAN VIDEO AVC YANG DIKODKAN OLEH PENGGUNA YANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI PERIBADI DAN BUKAN KOMERSIAL DAN/ATAU VIDEO AVC YANG TELAH DIPEROLEH DARIPADA PEMBEKAL VIDEO YANG DILESENKAN UNTUK MENYEDIAKAN VIDEO. MAKLUMAT BERKENAAN PENGGUNAAN LAIN DAN LESEN BOLEH DIDAPATI DARIPADA MPEG LA L.L.C. LIHAT <a href="HTTPS://WWW.MPEGLA.COM">HTTPS://WWW.MPEGLA.COM</a>.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">E. Notis AMR. Kefungsian pengekodan dan penyahkodan Adaptive Multi-Rate (“AMR”) dalam produk ini tidak dilesenkan untuk melaksanakan panggilan suara selular, atau untuk digunakan dalam mana-mana produk telefoni yang dibina atas seni bina QuickTime untuk platform Windows. Kefungsian pengekodan dan penyahkodan AMR dalam produk ini juga tidak dilesenkan untuk penggunaan dalam infrastruktur komunikasi selular termasuk: stesen pangkalan, kawalan stesen pangkalan/kawalan rangkaian radio, pusat penukaran, dan get laluan ke dan daripada rangkaian bersuis awam.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">F. Notis FAA. Data Paparan Situasi Pesawat (Aircraft Situation Display) dan Maklumat Status Sistem Ruang Udara Negara (National Airspace System Status Information) (secara kolektif “Data Penerbangan”) yang dipaparkan melalui Perisian Apple tersebut adalah dijanakan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (Federal Aviation Administration). Anda bersetuju untuk tidak mengedarkan semula Data Penerbangan tanpa kebenaran bertulis FAA terdahulu. FAA dan Apple menafikan semua waranti, sama ada secara nyata atau tersirat (termasuk waranti tersirat berkenaan kebolehdagangan dan kesesuaian untuk mana-mana tujuan tertentu), berkenaan penggunaan dan ketepatan Data Penerbangan tersebut. Anda bersetuju bahawa FAA dan Apple tidak bertanggungjawab, sama ada secara kolektif atau individu, untuk mana-mana kerugian, ganti rugi, tuntutan, liabiliti, perbelanjaan, atau penalti, atau untuk mana-mana ganti rugi sampingan, khas, sekunder, tidak langsung atau berbangkit yang berpunca daripada penggunaan Data Penerbangan tersebut. Perisian Apple tersebut tidak ditaja atau disokong oleh FAA. FAA tidak bertanggungjawab untuk masalah teknikal atau sistem, dan anda tidak harus menghubungi FAA berkenaan masalah sedemikian atau isu berkenaan pengendalian aliran lalu lintas.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">G. Penggunaan Adobe Color Profiles. Anda boleh menggunakan perisian Adobe Color Profile yang termasuk bersama Perisian Apple tersebut menurut Lesen ini, tetapi Adobe tidak mempunyai kewajipan untuk menyediakan apa-apa sokongan untuk Color Profiles tersebut di bawah ini, termasuk naik taraf atau versi masa depan Profiles atau item lain. Selain syarat Seksyen 8 dan 9 di atas, DALAM APA-APA JUA KEADAAN ADOBE TIDAK AKAN MENANGGUNG LIABILITI TERHADAP ANDA UNTUK MANA-MANA GANTI RUGI, TUNTUTAN ATAU KOS. Perisian Adobe Color Profile yang diedarkan bersama Perisian Apple juga tersedia untuk dimuat turun daripada Adobe di <a href="https://www.adobe.com/my_ms/">https://www.adobe.com/my_ms/</a>.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">H. Perjanjian Lesen Pengguna Akhir Gracenote®. Aplikasi atau peranti ini mengandungi perisian daripada Gracenote, Inc. dari Emeryville, California (“Gracenote”). Perisian daripada Gracenote tersebut (“Perisian Gracenote” tersebut) membolehkan aplikasi ini melaksanakan pengenalpastian cakera dan/atau fail dan memperoleh maklumat berkaitan muzik, termasuk maklumat nama, artis, runut dan tajuk (“Data Gracenote”) dari pelayan dalam talian atau pangkalan data terbenam (secara kolektifnya, “Pelayan Gracenote”) dan untuk melaksanakan fungsi lain. Anda hanya boleh menggunakan Data Gracenote melalui fungsi Pengguna Akhir aplikasi atau peranti ini yang ditujukan.&nbsp;</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Anda bersetuju bahawa anda hanya akan mengguna Data Gracenote, Perisian Gracenote dan Pelayan Gracenote tersebut untuk penggunaan peribadi anda sahaja dan bukan untuk apa-apa penggunaan komersial. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyerah hak, menyalin, memindahkan atau menyampaikan Perisian Gracenote tersebut atau mana-mana Data Gracenote kepada mana-mana pihak ketiga. ANDA BERSETUJU BAHAWA ANDA TIDAK AKAN MENGGUNAKAN ATAU MENGEKSPLOITASI DATA GRACENOTE, PERISIAN GRACENOTE ATAU PELAYAN GRACENOTE TERSEBUT, MELAINKAN SEPERTIMANA YANG DIBENARKAN SECARA NYATA DALAM PERJANJIAN INI.&nbsp;</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Anda bersetuju bahawa lesen tidak eksklusif anda untuk menggunakan Data Gracenote, Perisian Gracenote dan Pelayan Gracenote tersebut akan ditamatkan sekiranya anda melanggar pembatasan ini. Sekiranya lesen anda tamat, anda bersetuju untuk menghentikan mana-mana dan kesemua penggunaan Data Gracenote, Perisian Gracenote dan Pelayan Gracenote tersebut. Gracenote menyimpan semua hak dalam Data Gracenote, Perisian Gracenote dan Pelayan Gracenote tersebut, termasuk semua hak milik. Dalam apa-apa jua keadaan, Gracenote tidak akan bertanggungjawab untuk mana-mana pembayaran kepada anda bagi mana-mana maklumat yang anda sediakan. Anda bersetuju bahawa Gracenote, Inc. boleh menguatkuasakan haknya di bawah Perjanjian ini terhadap anda secara langsung dalam namanya sendiri.&nbsp;</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Perkhidmatan Gracenote tersebut menggunakan pengenal pasti yang unik untuk mengesan pertanyaan bagi tujuan statistik. Tujuan pengenal pasti angka yang diberikan secara rawak adalah untuk membolehkan perkhidmatan Gracenote tersebut mengira pertanyaan tanpa mengetahui apa-apa tentang diri anda. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada laman web untuk Dasar Privasi Gracenote bagi perkhidmatan Gracenote tersebut.&nbsp;</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Perisian Gracenote tersebut dan setiap item Data Gracenote dilesenkan kepada anda “SEADANYA.” Gracenote tidak membuat mana-mana representasi atau waranti, sama ada secara nyata atau tersirat, berkenaan ketepatan mana-mana Data Gracenote daripada Pelayan Gracenote tersebut. Gracenote menyimpan hak untuk menghapuskan data daripada Pelayan Gracenote tersebut atau mengubah kategori data untuk apa-apa sebab yang dianggap cukup oleh Gracenote. Tiada jaminan dibuat bahawa Perisian Gracenote atau Pelayan Gracenote tersebut adalah bebas daripada ralat atau bahawa kefungsian Perisian Gracenote atau Pelayan Gracenote tidak akan diganggu. Gracenote tidak wajib untuk menyediakan kepada anda jenis atau kategori data yang dipertingkatkan atau data tambahan yang baru yang mungkin disediakan oleh Gracenote pada masa depan dan Gracenote adalah bebas untuk menamatkan perkhidmatannya pada bila-bila masa. GRACENOTE MENOLAK TUNTUT SEMUA WARANTI, SAMA ADA SECARA NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, WARANTI TERSIRAT BERKENAAN KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK MANA-MANA TUJUAN TERTENTU, HAK MILIK DAN KETIADAAN PELANGGARAN HAK. GRACENOTE TIDAK MENJAMIN HASIL YANG AKAN DIPEROLEH DARIPADA PENGGUNAAN PERISIAN GRACENOTE ATAU MANA-MANA PELAYAN GRACENOTE TERSEBUT OLEH ANDA. DALAM APA-APA JUA KEADAAN, GRACENOTE TIDAK AKAN MENANGGUNG LIABILITI UNTUK MANA-MANA GANTI RUGI BERBANGKIT ATAU SAMPINGAN ATAU UNTUK MANA-MANA KEHILANGAN KEUNTUNGAN ATAU KEHILANGAN PENDAPATAN.&nbsp;</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>15. Pembatasan Perkhidmatan Carian Yahoo.</b> Perkhidmatan Carian Yahoo yang tersedia melalui Safari dilesenkan untuk penggunaan di negara dan rantau berikut sahaja: Argentina, Aruba, Australia, Austria, Barbados, Belgium, Bermuda, Brazil, Bulgaria, Kanada, Kepulauan Cayman, Chile, Tanah besar China, Hong Kong, Taiwan, Colombia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Republik Dominika, Ecuador, El Salvador, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Grenada, Guatemala, Hungary, Iceland, India, Indonesia, Ireland, Itali, Jamaica, Jepun, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Malta, Mexico, Belanda, New Zealand, Nicaragua, Norway, Panama, Peru, Filipina, Poland, Portugal, Puerto Rico, Romania, Singapura, Slovakia, Slovenia, Korea Selatan, Sepanyol, St. Lucia, St. Vincent, Sweden, Switzerland, Thailand, Bahamas, Trinidad dan Tobago, Turkiye, UK, Uruguay, AS dan Venezuela.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">EA1885</p>
<p class="p1">11/07/2024</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>————————————</b></p>
<p class="p1"><b>Terma dan Syarat Apple Pay &amp; Wallet</b></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Terma dan Syarat Apple Pay &amp; Wallet ini (“Terma Apple Pay &amp; Wallet” ini) merupakan tambahan kepada Perjanjian Lesen Perisian Apple untuk macOS (“Lesen”); kedua-dua terma Lesen dan Terma Apple Pay &amp; Wallet ini mentadbir penggunaan anda terhadap ciri Apple Pay (“Apple Pay”) dan Apple Wallet (“Wallet”), yang akan disifatkan sebagai “Perkhidmatan” di bawah Lesen. Terma yang dinyatakan dengan huruf besar dalam Terma Apple Pay &amp; Wallet ini mempunyai maksud yang dinyatakan dalam Lesen tersebut. Penerimaan Terma Apple Pay &amp; Wallet oleh anda ini merupakan penerimaan anda terhadap Terma Apple Pay &amp; Wallet yang berkenaan pada semua peranti Apple anda yang menyokong Apple Pay dan Wallet.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Apple Pay dan sokongan Apple Pay Cards anda (seperti yang ditakrifkan di bawah) dalam Apple Wallet (“Wallet”) disediakan di Amerika Syarikat oleh Apple Payments Services LLC (“Apple Payments Services”) dan di luar Amerika Syarikat oleh sekutu Apple yang lain. Wallet disediakan oleh Apple dan sekutu Apple yang lain. Apple, Apple Payments Services dan sekutu Apple masing-masing adalah setiap pihak kepada Terma Apple Pay ini berkaitan dengan Perkhidmatan yang disediakannya.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>1. Gambaran Keseluruhan<span class="Apple-converted-space">&nbsp;</span></b></p>
<p class="p2"><span class="s1"><b></b></span><br></p>
<p class="p1"><b>Apple Pay</b></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Apple Pay membolehkan anda membuat pembayaran tanpa sentuh menggunakan kad kredit, debit dan prabayar, serta perkhidmatan pembayaran ansuran pihak ketiga, dalam laman web pilihan. Apple Pay dan ciri tertentu dalam Apple Pay mungkin hanya tersedia di rantau terpilih, dengan pengeluar kad, rangkaian bayaran, pedagang dan pihak ketiga lain yang terpilih.</p>
<p class="p2"><b></b><br></p>
<p class="p1"><b>Wallet</b></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Wallet membolehkan anda menyimpan representasi maya kad kredit, debit dan prabayar untuk digunakan dengan Apple Pay (secara kolektif, “Kad Disokong”). Kad Disokong mungkin hanya tersedia di rantau terpilih dan dengan rakan kongsi terpilih dan Kad Disokong mungkin berubah dari semasa ke semasa.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>2. Kelayakan</b></p>
<p class="p2"><span class="s1"><b></b></span><br></p>
<p class="p1">Untuk menyediakan dan menggunakan Apple Pay dan Wallet, anda mesti mempunyai (i) Komputer Mac yang disokong dan menjalankan versi sistem pengendalian yang menyokong Perkhidmatan (versi terkini disyorkan dan kadangkala diperlukan), (ii) Akaun Apple yang dikaitkan dengan akaun iCloud yang dalam kedudukan baik dengan Apple, dan (iii) akses Internet atau akses data selular (tertakluk pada yuran). Tertakluk pada pengecualian tertentu, Kad Disokong hanya tersedia untuk individu yang berusia 13 tahun ke atas, dan mungkin tertakluk pada sekatan tambahan berdasarkan umur yang dikenakan oleh iCloud atau pengeluar, peniaga atau pihak ketiga yang lain.</p>
<p class="p2"><span class="s1"><b></b></span><br></p>
<p class="p1"><b>3. Penggunaan Perkhidmatan</b></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Apple Pay bertujuan untuk penggunaan peribadi anda sahaja dan anda hanya boleh memperuntukkan Kad Disokong yang anda sendiri miliki. Sekiranya anda memperuntukkan mana-mana kad korporat yang disokong, anda membuat representasi bahawa anda berbuat demikian dengan kebenaran majikan anda dan anda dibenarkan untuk mengikat majikan anda kepada terma Apple Pay &amp; Wallet ini dan semua transaksi yang dipengaruhi oleh penggunaan Apple Pay &amp; Wallet.<span class="Apple-converted-space">&nbsp;</span></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Anda bersetuju untuk tidak menggunakan Apple Pay untuk mana-mana tujuan yang menyalahi undang-undang atau bersifat penipuan, atau untuk mana-mana tujuan lain yang dilarang oleh Lesen tersebut dan Terma Apple Pay ini. Anda bersetuju selanjutnya untuk menggunakan Apple Pay mengikut undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Anda bersetuju untuk tidak mengganggu atau menggendalakan Apple Pay tersebut (termasuk mengakses Perkhidmatan tersebut melalui mana-mana cara bersifat automatik), atau mana-mana pelayan atau rangkaian yang tersambung kepada Perkhidmatan tersebut, atau mana-mana dasar, keperluan atau peraturan rangkaian yang tersambung kepada Perkhidmatan tersebut (termasuk mana-mana akses kepada, penggunaan atau pemantauan data atau trafiknya yang tidak dibenarkan).</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Anda boleh menggunakan Apple Pay pada komputer Mac anda yang disokong untuk memulakan pembayaran pada laman web.&nbsp;Anda boleh melengkapkan pembelian anda dengan membenarkan transaksi menggunakan Mac anda dengan Touch ID atau kata laluan anda, iPhone yang disokong atau Apple Watch yang disokong. Jika anda melengkapkan pembelian anda pada komputer Mac anda, anda mesti mempunyai Kad Disokong yang dikaitkan dengan akaun iCloud aktif. Jika anda melengkapkan pembelian anda menggunakan iPhone atau Apple Watch (secara kolektif,” Peranti Disokong “), anda mestilah mendaftar masuk dengan Akaun Apple yang sama seperti pada komputer Mac anda.<span class="Apple-converted-space">&nbsp;</span></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Apabila menggunakan Apple Pay pada pelayar web desktop selain Safari, anda mesti mempunyai Kad Disokong yang telah diperuntukkan kepada iPhone atau iPad disokong. Selain terma yang dinyatakan dalam Terma Apple Pay ini, penggunaan Apple Pay oleh anda untuk memulakan bayaran pada laman web tertakluk pada Terma dan Syarat Apple Pay &amp; Wallet tersebut yang berkenaan dengan Peranti Disokong anda, dan terma tersebut adalah dengan ini dimasukkan melalui rujukan dan boleh diakses melalui: Seting &gt; Am &gt; Tentang &gt; Undang-undang &gt; Lesen daripada iPhone anda atau Tentang &gt; Undang-undang &gt; Lesen daripada aplikasi Watch pada iPhone yang digandingkan. Peranti Disokong mungkin berubah dari semasa ke semasa.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>4. Hubungan Apple Dengan Anda</b></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Untuk tujuan Seksyen 3 ini sahaja, “Apple” merujuk kepada, secara kolektif, Apple Inc., Apple Payments Services LLC dan sekutu Apple masing-masing. Penggunaan Apple Pay oleh anda akan ditadbir oleh Terma Apple Pay ini, dan juga oleh terma perjanjian pemegang kad yang telah anda masuki dengan pengeluar, pedagang atau pihak ketiga lain yang bertanggungjawab atas Kad Disokong anda.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Apple bukan institusi kewangan. Kad Disokong tidak dikeluarkan atau diservis oleh Apple dan Apple tidak memproses bayaran atau jika anda mempunyai kawalan lain terhadap pembayaran, caj balik, pengembalian, bayaran balik, ganjaran, nilai, diskaun, pesanan, pemenuhan pesanan atau aktiviti perdagangan lain yang mungkin timbul daripada penggunaan Apple Pay atau Wallet anda.<span class="Apple-converted-space">&nbsp;</span></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Bayaran ansuran pada Apple Pay disokong dan diurus oleh rakan kongsi pihak ketiga. Jika anda memilih untuk membayar secara ansuran atau untuk membeli dan membayar kemudian dengan pihak ketiga apabila menggunakan Apple Pay, anda terikat kontrak dengan pihak ketiga dan penentu kelayakan dan pembayaran balik kewajipan pembelian anda ditadbir oleh terma perkhidmatan pihak ketiga tersebut, yang diberikan kepada anda semasa pembayaran. Apple bukan pihak kepada mana-mana perjanjian antara anda dengan pihak ketiga tersebut dan secara jelas menafikan semua liabiliti berkenaan perkhidmatan dan perjanjian pembayaran ansuran tersebut.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Terma perjanjian pemegang kad yang anda mungkin ada dengan pengeluar kad anda akan terus mentadbir penggunaan Kad Disokong anda dan penggunaannya berhubung dengan Apple Pay. Begitu juga, pembelian mana-mana barangan atau perkhidmatan oleh anda menggunakan ciri Apple Pay tertakluk pada terma dan syarat pedagang tersebut.<span class="Apple-converted-space">&nbsp;</span></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Tiada apa-apa dalam Lesen tersebut atau Terma Apple Pay &amp; Wallet ini yang mengubah terma mana-mana perjanjian pemegang kad atau pedagang, atau terma dan syarat lain yang berkenaan dengan penggunaan ciri Apple Pay tersebut, dan terma sedemikian akan mentadbir penggunaan ciri Apple Pay yang berkenaan dan representasi maya ciri tersebut pada Mac yang disokong oleh anda.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Anda bersetuju bahawa Apple bukan pihak kepada pemegang kad atau perjanjian pedagang anda, Apple tidak bertanggungjawab terhadap kandungan (a), ketepatan atau ketersediaan mana-mana Kad Disokong, aktiviti perdagangan, urus niaga, pembelian, pesanan, Pemenuhan pesanan atau penerimaan semasa menggunakan Apple Pay atau Wallet; (b) pengeluaran kredit atau menilai kelayakan untuk kredit; (c) aktiviti penerbit, pedagang atau pihak ketiga lain yang berkaitan dengan penggunaan Apple Pay atau Wallet; (d) keputusan yang dibuat oleh pengeluar, pedagang atau pihak ketiga lain berhubung dengan Kad Disokong; (e ) akruan ataupenebusan ganjaran atau nilai yang disimpan dalam sambungan dengan Kad yang disokong anda; atau (f) pembiayaan atau penambahan nilai prabayar Kad Disokong. Untuk semua pertikaian atau soalan berkenaan Kad Disokong atau aktiviti perdagangan yang berkaitan, sila hubungi pengeluar anda atau pedagang yang berkenaan. Untuk pertanyaan berkenaan Apple Pay atau Wallet, sila hubung (800) APL-CARE (800-275-2273).</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>5. Privasi</b></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Apabila menggunakan Apple Pay untuk memulakan sesuatu transaksi bayaran yang akan dilengkapkan dalam sebuah Peranti Disokong, Apple Pay akan memindahkan maklumat bayaran dalam bentuk tersulit antara Komputer Mac anda dengan Peranti Disokong anda untuk melengkapkan transaksi anda. Apabila menggunakan Apple Pay untuk membuat sesuatu transaksi bayaran pada sebuah MacBook Pro yang mempunyai Touch ID terbina dalam, maklumat bayaran anda akan disediakan dalam bentuk tersulit kepada laman web tersebut sebagai sebahagian transaksi tersebut. Apabila anda menambah mana-mana kad kepada Apple Pay pada sesebuah MacBook Pro yang mempunyai Touch ID terbina dalam, maklumat berkenaan peranti anda, seperti sama ada tetapan peranti tertentu dibolehkan dan pola penggunaan peranti (contohnya, peratus masa peranti sedang bergerak, anggaran jumlah panggilan setiap minggu), akan dihantar kepada Apple untuk menentukan kelayakan anda dan untuk mencegah penipuan. Anda boleh mendapatkan maklumat terperinci tentang maklumat peribadi yang dikumpulkan, digunakan atau dikongsi sebagai sebahagian penggunaan Apple Pay oleh anda dengan membaca notis privasi khusus untuk perkhidmatan yang berkaitan, termasuk Perihal Apple Pay dan Privasi yang boleh diakses pada peranti iOS atau Komputer Mac anda, atau dalam aplikasi Watch dalam mana-mana peranti iOS tersambung, atau dengan melayari <a href="https://www.apple.com/my/legal/privacy/"><span class="s2">https://www.apple.com/my/legal/privacy/</span></a>. Melalui penggunaan Apple Pay dan Wallet,, anda bersetuju dan membenarkan Apple serta sekutunya dan ejennya untuk menyampai, mengumpul, mengekal, memproses, dan mengguna kesemua maklumat yang dinyatakan di atas, untuk menyediakan Perkhidmatan tersebut.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>6. Keselamatan</b></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Apple Pay dan Wallet menyimpan representasi maya Kad Disokong anda dan seharusnya dilindungi sebagaimana anda akan melindungi dompet atau kad kredit, debit, prabayar dan kad fizikal anda yang lain. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengekalkan keselamatan maklumat Komputer Mac, Peranti Disokong, Akaun Apple anda, Touch ID, kod laluan kepada Peranti yang disokong anda dan kelayakan pengesahan lain yang digunakan berkaitan dengan Perkhidmatan (secara kolektif, “Kelayakan” anda). Jika anda mengizinkan atau membenarkan orang lain menggunakan Komputer Mac anda atau Peranti Disokong (<i>contohnya</i>, dengan memberikan kod laluan kepada pihak ketiga atau memberikan mana-mana kelayakan anda kepada pihak ketiga), mereka mungkin boleh membuat pembayaran, menggunakan nilai atau membuat transaksi lain dengan Kad Disokong anda dalam Wallet. Dalam keadaan tersebut, anda bertanggungjawab untuk semua bayaran dan transaksi yang dibuat oleh orang tersebut.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Sekiranya anda melakukan pengubahsuaian yang tidak sah pada Komputer Mac atau Peranti Disokong anda, contohnya dengan mematikan kawalan perkakasan atau perisian (kadangkala dirujuk sebagai “pecah sekat”), Peranti Disokong anda mungkin tidak lagi layak untuk mengakses atau menggunakan Perkhidmatan. Anda mengakui bahawa penggunaan peranti yang diubah suai berhubung dengan Perkhidmatan dilarang secara nyata, merupakan pelanggaran terhadap Terma Apple Pay &amp; Wallet ini dan merupakan sebab bagi kami untuk menolak atau mengehadkan akses anda kepada Perkhidmatan.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Sekiranya peranti anda hilang atau dicuri dan anda telah mengaktifkan ciri Cari, anda boleh menggunakan Cari atau <a href="https://icloud.com">https://icloud.com</a> untuk cuba menggantungkan keupayaan membayar dengan Kad Bayaran Yang Disokong maya pada Komputer Mac dengan mengaktifkan Mod Hilang. Anda juga boleh memadamkan peranti anda, yang akan cuba menggantungkan keupayaan untuk membayar dengan Kad Disokong maya dalam peranti tersebut. Jika anda telah menyediakan urus niaga pembayaran berulang menggunakan Apple Pay, anda mungkin perlu menghubungi pengeluar atau pedagang yang berkaitan untuk membatalkan pembayaran berulang. Anda juga harus menghubungi pengeluar Kad Disokong anda untuk mengelakkan akses yang tidak dibenarkan kepada Kad Disokong maya anda.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1">Sekiranya anda melaporkan atau Apple atau sekutunya mengesyaki aktiviti yang bersifat penipuan atau penyalahgunaan, anda bersetuju untuk bekerjasama dengan Apple dalam sebarang penyiasatan dan untuk menggunakan langkah-langkah pencegahan penipuan yang kami tetapkan.</p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>7. Pengehadan Liabiliti</b></p>
<p class="p2"><span class="s1"></span><br></p>
<p class="p1"><b>SELAIN SEMUA PENAFIAN WARANTI DAN PEMBATASAN LIABILITI YANG DINYATAKAN DALAM LESEN TERSEBUT, APPLE, PERKHIDMATAN PEMBAYARAN APPLE DAN SEKUTU APPLE MASING-MASING TIDAK MENANGGUNG SEBARANG LIABILITI UNTUK APA-APA PEMBELIAN, PEMBAYARAN, TRANSAKSI, PESANAN, PEMENUHAN PESANAN, MAKLUMAT RESIT, ATAU AKTIVITI PERNIAGAAN LAIN YANG DILAKSANAKAN MELALUI PENGGUNAAN APPLE PAY OR WALLET, DAN ANDA BERSETUJU UNTUK MERUJUK SEPENUHNYA KEPADA PERJANJIAN YANG ANDA MUNGKIN ADA DENGAN PENGELUAR KAD, RANGKAIAN BAYARAN, ATAU PEDAGANG ANDA UNTUK MENYELESAIKAN SEBARANG PERTANYAAN ATAU PERTIKAIAN YANG BERKAITAN DENGAN KAD YANG DISOKONG, KAD MAYA YANG DISOKONG DAN AKTIVITI PERDAGANGAN BERKAITAN ANDA.</b></p>
<p class="p2"><span class="s1"><b></b></span><br></p>
<p class="p1">———————————————</p>
<p class="p2"><span class="s1"><b></b></span><br></p>
<p class="p1"><b>NOTIS DARIPADA PERKHIDMATAN PEMBAYARAN APPLE, APPLE DAN SEKUTU APPLE MASING-MASING<span class="Apple-converted-space">&nbsp;</span></b></p>
<p class="p1">Jika Apple, Perkhidmatan Pembayaran Apple atau sekutu Apple perlu menghubungi anda tentang Perkhidmatan, anda bersetuju untuk menerima notis melalui e-mel. Anda bersetuju bahawa notis sedemikian yang kami hantar secara elektronik akan memenuhi apa-apa keperluan komunikasi di sisi undang-undang.</p>
</body></html>